Jana Pendapatan Online

Peluang menjana pendapatan sampingan untuk rakyat Malaysia.

 Powered by Max Banner Ads 

Selamat Hari Raya Kepada Semua

Esok dah nak Raya. Jadi saya mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog saya. Semoga pembaca semua gembira bersama dengan keluarga masing-masing, dengan girl friend dan boy friend. Di kesempatan ini saya mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca jika ada terkasar bahasa dalam blog saya, yalah mungkin ada yang kurang menyenangkan hati korang.

Kepada yang melakukan perjalanan jauh untuk balik ke kampung atau jumpa girl friend ke atau boy friend, berhati-hati semasa bawa kereta. Jangan bawa laju-laju nanti kena saman pula. Saya tak ke mana-mana raya ni, jadi hantarkan saya kuih raya..hehee. Saya akan beraya di rumah kawan-kawan sekerja saya yang beragama islam ja, dijemput kena datang laa.

Akhir sekali terimalah kad Raya yang cantik ini. Ini kad raya bukan saya yang buat tapi saya ambil daripada laman web smartzul. Saya terima email daripada smartzul tentang kad raya niĀ  so saya pilih yang ini.

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Fark
  • Netvouz
  • eKudos
  • Blue Dot

Salam sejahtera kepada pembaca semua. Post saya kali ini hanya sesuai dibaca oleh pengguna internet tetapi belum menceburi perniagaan secara online sama ada dengan menjual produk sendiri mahupun menjual produk orang lain. Bagi usahawan internet ataupun yang sudah memulakan bisnes internet, boleh skip lah..hee. Informasi ini cuma khas kepada kutu internet yang masih tidak percaya dengan kuasa blog dalam menjana pendapatan. Post saya ini juga sebenarnya adalah respon saya terhadap komen seorang sahabat.

Beberapa hari yang lalu ketika saya mengedit web jualan panduancpanel, dimana saya mendapat hak jualan semula daripada saudara Jebat, sahabat tadi bertanyakan kandungan ebook tersebut. Saya cuma beritahu, selepas online nanti anda akan tahu kandungannya dengan syarat kena beli. Anda tahu apa dia cakap ? Lebih baik beli rokok daripada beli ebook yang tidak ada faedah. Saya cuba terangkan jika mahu membuat duit secara online, sekurang-kurangnya ada sebuah blog sama ada blog peruma mahupun blog berbayar. Mahu buat blog mesti ada ilmu buat blog tapi hendakkan ilmu harus ada pengorbanan. Pembaca yang dihormati, baginya itu semuanya karut. Yalah, kalau dah cakap karut, kita buktikanlah ia karut. Saya pula buktikan kepadanya menjana pendapatan dengan sebuah blog bukan khayalan.

Bagi membuktikan penglibatan saya menjana pendapatan dengan sebuah blog selama ini tidak karut, sayapun keluarkan buku bisnesku iaitu alamat link affiliateku. Satu persatu saya buka akaun affilateku di depan mata sahabat tadi. Alamak ! belum ada jualan, malu juga dengan si kawan. Buka satu akaun lagi.. kawan tanya sama ada saya sudah dibayar atau belum. Akhir sekali saya buka CIMBCliks dan tunjukkan dengan dia bayaran yang saya sudah terima. Rokok tak berguna lagi, dia mahu beli ebook panduancpanel pada hari itu juga. Saya bukanlah tamak sangat. Saya telah cadangkan agar mendapatkan ebook panduan bina blog terlebih dahulu kerana itulah asas utama untuk membangunkan sebuah blog.

Begitulah realiti jika melayari internet hanya mendownload mp3 percuma sahaja atau menonton video di you tube. Saya fikir, sahabat saya tu bukanlah satu-satunya pengguna internet yang tidak menyedari akan kuasa blog. Namun saya percaya, bukan semua pengguna internet berminat membaca informasi peruma seperti ini.

Jika seorang pemburu hiburan tersesat di blog saya ini..hehee, buka minda dan beri sedikit masa untuk meneroka peluang menjana pendapatan dengan sebuah blog.

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Fark
  • Netvouz
  • eKudos
  • Blue Dot

Program affiliate merupakan pendapat sampingan yang lumayan kepada blogger-blogger. Terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai secara percuma. Bagi mandapatkan jualan yang banyak daripada link affiliatenya, pelbagai cara digunakan untuk mempromosikan affiliate masing-masing.

Ada yang beranggapan bahawa pelawat blog kita tidak akan membeli sesuatu produk daripada link affiliate. Mungkin pembeli itu takut empunya affiliate akan menjadi kaya. Maka dengan itu ada pendapat pelanggan tadi akan menaip secara manual alamat-alamat produk yang dia inginkan. Ekoran daripada itu berbagai cara yang dilakukan oleh internet marketer untuk menyembunyikan link affiliatenya supaya pembeli akan tertipu. Sebenarnya, bagi yang sudah lama dalam dunia internet, apapun cara yang dilakukan untuk menyembunyikan link affiliate, semua tahu itu adalah link affiliate. Ini adalah kerana pelanggan tahu keupayaan kita menyediakan sesuatu produk tersebut. Sebagai contoh blogger mempromosikan hosting diblognya dengan berusaha menyembunyikan link affiliatenya. Pembaca sudah tentu tahu blogger tersebut tidak mampu memberikan perkhidamatan hosting.

Jika affiliate menyembunyikan linknya kerana takut kena “rampas” komisyennya, itu sudah tentu amat diperlukan. Tapi jika sekiranya tujuan sembunyikan link itu kerana takut orang lain tidak membeli produk melalui linknya, saya fikir itu satu bentuk pembohongan dan ini tidak lagi boleh dikategorikan sebagai affiliate.

Bagi yang hendak menyembunyikan link affiliatenya kerana takut komisyennya kena “rampas” , anda boleh menggunakan khidmat di tinyurl.com atau viral.com secara percuma.

Tools sembunyikan Link Affiliate

Bina Blog Sendiri Dalam Masa Singkat

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Fark
  • Netvouz
  • eKudos
  • Blue Dot

Berfikir Sebelum Bertindak Jadi Jutawan

Bina Blog Sendiri Dalam Masa Singkat

Menjadi seorang jutawan adalah impian setiap insan. Saya pun nak jadi seorang jutawan seperti internet marketer yang dah bergelar jutawan. Rasa-rasanya boleh jadi jutawan ke ya ? Kalau tak dapat jadi jutawan, jadi kaya pun oklah.. ya saya nak kaya supaya roti saya rasanya enak dimakan. hee

Haa !! Jutawan ? Jana pendapatan yang banyak dalam masa satu minggu ?. Ada banyak ebook yang terdapat dalam pasaran Malaysia yang menjanjikan pendapatan yang banyak dalam masa yang singkat. Benarkah selepas seseorang mempraktikkan apa yang disarankan dalam ebook itu pendapatan kita akan mencurah-curah masuk kedalam akaun bank kita ? Wah ! wang mengalir macam air masuk ke dalam akaun kita, Siapa tidak mahu wang !?.

Bahasa memang manis sebagai tarikan kepada pelanggan bagi mendorong seseorang itu membeli ebooknya. Ditambah lagi dengan bukti pendapatan yang banyak meluruhkan lagi hati para pembaca agar membeli ebook yang menjanjikan kekayaan.

Pernahkah saya membeli ebook seperti itu ? secara jujurnya saya tidak pernah membeli ebook yang menjurus kepada kekayaan. Saya sebenarnya meragui pendapatan sebenar penulis ebook tersebut selepas menonton video di metacafe yang bertajuk “bagaimana saya menjana adsense dalam masa satu hari”. Walau bagaimanapun tidak bermakna saya tidak pernah membeli ebook. Ebook pilihan saya adalah sesuatu yang berbentuk kemahiran. Sebagai contoh ebook cara-cara upgrade blog wordpress yang ditulis oleh smartzul. Hasilnya semua blog saya sudahpun saya diupgrade. Begitu juga dengan ebook setting blog. Sebelum ini saya meminta bantuan daripada binablog.dinberamboi.com untuk setting blog saya tapi kini saya boleh melakukannya sendiri malah akan menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat bina blog dot com. Jika saya membeli ebook yang mengajar saya bagaimana menjadi kaya, Bolehkah saya menjadi kaya dalam masa sebulan ?

Saya tidak bermaksud mengatakan penulis ebook tertentu itu penipu. Tulisan mereka sebenarnya tidak salah dari segi perundangan kerana dari segi teorinya apa yang mereka tulis itu benar. Cuma dari segi pelaksanaan untuk menjadi kaya raya masih boleh dipertikaikan.

Menjana pendapatan online sebenarnya boleh membawa seseorang menjadi jutawan cuma kena lihat apakah jenis bisnes online kita. Setakat menjadi affiliate tu bolehlah tutup ccm kereta tapi untuk menjadi jutawan rasanya…???????? malainkan kita fasih berbahasa inggeris.

Bookmark Artikel ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Technorati
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Fark
  • Netvouz
  • eKudos
  • Blue Dot